Mulakan Dengan Bismillah

Wednesday, October 7, 2009

Kepulangan sahabat dr perantauan

Assalamualaikum...

dalam minggu lepas seorang kawan yg dahulu bekerja ditempat
yang sama baru pulang dari Canada...
banyak cerita menarik yang diceritakan...
rupanya banyak mazhab yg ada di luar sana tu yang kita tak tahu... selain dari syiah dan pahaman wahabi... ada juga mazhab ba'hai... saya pun tak tau dari mana datangnya..
sebenarnya menurut rakan saya.. kita kene pandai bawa diri kat tempat org..
kita dr kecil sudah diajar mengikut ahlu sunnah wal jamaah...
jadi jangan terpesong dengan pahaman lain... di canada masjid untuk syiah dan ahlu sunnah wal jamaah berasingan.... kita sangat beruntung kerana dapat menjalankan ibadah kita tanpa rasa ragu-ragu dan was-was.. lagipun negara kita ada majlis fatwa dan mufti.. bak kata pepatah, hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri...
itu sahaja yang dapat saya kongsi buat kali ini...
semoga maklumat ini dapat menjadi peringatan dan pengalaman untuk kita semua...
kalau kita ada kemusykilan dalam agama, carilah ustaz untuk kita bertanya..

wassalam..

mimpi yang tak dapat dilupakan...

assalamualaikum...

disini saya ingin menceritakan satu pengalaman

yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila..

pengalaman yang mengubah diri saya...

pengalaman yang membuatkan saya menjadi insaf ..

izinkan saya memulakan cerita saya ini..



Pada tahun 2008, saya dan keluarga isteri merancang
untuk pergi ke pulau langkawi untuk bercuti... saya nie walaupun sudah berumah
tangga, masih lagi dengan tabiat bujang saya, bangun lambat dari
tido, solat jangan cakap lah.. ikut mood jer nak buat..
banyak lagi perkara2 yang salah yang telah saya lakukan..
sehari sebelum berangkat ke pulau langkawi, saya balik kerumah ayah saya untuk
berjumpa dengan ayah dan ibu saya, entah kenapa bila berjumpa dengan mereka
hati saya merasa sayu dan berat.. seolah-olah saya hendak pergi jauh dan tidak
akan kembali lagi.. saya tak hiraukan perasaan saya itu...


semasa didalam perjalanan ke langkawi, hati saya masih rasa berdebar-debar
dan sayu, seolah-olah ada perkara buruk yang akan berlaku keatas diri saya.
walaupun begitu saya tetap tak endahkan perasaan saya itu..
semasa didalam kereta api, secara tiba2 saya terniat dihati untuk berzikir..
lalu saya berzikir sehinggalah saya terlelapkan mata..didalam tidur itu lah saya bermimpi.............


Pada suatu hari, saya pulang kerumah ibu saya, tetapi malangnya ibu saya tiada dirumah,
akhirnya saya dapat satu panggilan telefon dari ibu saya.. ibu saya menyuruh saya pergi bertemunya
disatu tempat... tanpa melengahkan masa saya pun pergi ketempat itu dengan menaiki sebuah kereta..
sampai disana, saya melihat ibu bersama isteri saya... dalam keadaan saya yang penat dan letih, ibu menyuruh saya patah balik
kerumah ibu saya semula untuk mengambil barang yang ibu saya tertinggal dirumah.
saya merasa penat lalu memarahi didalam hati.. dan dalam keadaan tak sengaja saya merungut dengan perintah ibu saya.. walaupun
begitu saya tetap pulang untuk mengambil barang tersebut...



Semasa didalam perjalanan, saya rasa hati saya tak tetap dan tak tahu arah tujuan saya yang sebenarnya..
walaupun saya dah biasa dengan keadaan jalan disana... sekejap saya pusing kereta kekiri, sekejap kekanan, saya pun tak tahu mana
jalan yang betul, sehinggalah saya rasa saya tercampak keluar dari kereta,
saya cuba bangun dari tempat saya tercampak dan meminta pertolongan orang yang lalu dihadapan saya,
namun tak seorang pun yang dengar panggilan saya, saya cuba berdiri dengan sedaya upaya saya...
apabila saya berdiri, saya terperanjat melihat orang ramai berkerumun pada kereta yang sudah rentung terbakar.. saya lihat ibu ,isteri
dan adik 2 saya menangis melihat kereta tersebut.. saya memanggil mereka
tapi mereka seolah2 tidak mendengar panggilan saya.. lalu saya ternampak ada orang yang sudah rentung terbakar didalam kereta...
bila saya amati betul2 , saya terperanjat kerana orang didalam itu adalah diri saya sendiri..

saya terus menangis,menangis dan menangis... masa itu saya terdengar satu suara yang memberitahu saya sudah mati dan menyuruh
saya mengekori suara itu.. saya merasa sungguh sedih,,, saya masih tidak berpuas hati.. masih tidak percaya.. saya diletakkan diluar
sebuah rumah.. rumah itu sungguh gelap.. saya merasa sunyi dan takut untuk masuk kedalam rumah itu..
saya meminta untuk melihat keadaan rumah ibu saya, keadaan isteri dan adik2 saya.
permintaan saya ditunaikan.. saya dapat melihat keadaan org ramai yang datang kerumah ibu saya, saya dapat melihat ibu,isteri dan
adik2 saya menangis melihat mayat saya yang terbujur kaku..saya dapat melihat kawan2 menziarahi rumah ibu saya... pada masa itu
saya ambil kesempatan untuk masuk semula kedalam jasad saya...tapi malangnya tidak boleh.. ibarat kita hendak masuk ke dalam
batu..saya menangis.... saya takut... banyak dosa yang saya lakukan... saya tak sempat untuk bertaubat...
setelah melihat kawasan rumah, ibu, isteri dan adik saya,tidak lama kemudian saya rasa seolah2 dibawa pergi oleh satu cahaya...
Tiba-tiba saya tersedar dari tidur didalam kereta api tadi... astarghfirullah... apa yang aku mimpi nie... jam tangan menunjukkan pukul 3 pagi.. saya mengigil ketakutan... benarkah ajal saya sampai begitu ngeri sekali...
adakah iu balasan bagi dosa2 saya selama nie... ya allah ampunkan lah hamba mu ini... ampunkanlah hambamu yang banyak
membuat kemungkaran.. sesungguhnya saya merasa takut dan insaf.. pada masa yang sama saya rasa b eruntung kerana
allah telah menyedarkan saya... rasa bersyukur kerana diberi 1 lagi peluang... saya rasa seolah2 mati dan dihidupkan semula...
sekarang ini, saya mejalani hidup seperti biasa... cuba untuk menjadi hamba yang soleh.. suami yang penyayang, ayah yang
bertanggungjawab.. saya cuba untuk menjadi anak yang taat dan soleh kepada ibu dan bapa saya... walaupun begitu..
syaitan sentiasa meganggu anak2 adam... kadang2 terlintas jugak nak buat dosa2 kecil... tapi saya cuba lawan hasutan
syaitan... mimpi itu menjadi peringatan kepada saya.. mejadi amaran kepada saya... bila saya teringat mimpi itu..
secara automatik saya akan merasa takut dengan azab allah...
itulah mimpi yang memang tak akan saya lupakan sampai bila2... saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan yang membaca
blog ini, ingatlah... ajal maut ditentukan allah.. kita tak tahu bila kita akan mati... macam mana kita akan mati...
jika kita mati dalam keadaan kita sedang beribadah atau ingat allah.. alhamdulillah... tapi kalau kita mati dalam kelalaian,
dalam keasyikan dan keseronokan dunia.. nauzubillah... hanya allah saja yang tahu... oleh itu, saya menyeru kepada diri saya
dan rakan2... berubahlah selagi ada masa... beribadahlah selagi kita masih mampu untuk beribadah... beramal lah selagi kita
berupaya untuk melakukannya... kerana bila ajal tiba.. kita takkan sempat untuk melakukannya walaupun dalam sesaat...
sekian sahaja dari saya buat rakan2 sekalian... semoga cerita ini boleh dijadikan iktibar dan contoh dalam kehidupan kita...

andai saya tersalah atau terkasar bahasa.. saya memohon ampun dan maaf.. sesungguhnya saya ini manusia biasa
yang tidak lari dari melakukan kesilapan....

wassalam..


indahnya..

Assalamualaikum...
subhanallah.. indahnya pemandangan di masjidil haram.. umat islam bersatu semasa menunaikan ibadah haji dan umrah... tetapi kenapa umat islam tidak bersatu untuk membantu saudara2 islam yang ditindas oleh rejim yahudi... merupakan tanggungjawab kita semua sebagai umat islam, umat rasulullah s.a.w, hamba allah... untuk membantu saudara kita yang ditindas, dibunuh setiap hari tanpa rasa belas kasihan oleh musuh2 allah.. saya sedih bila terpandang gambar2 peperangan di palestin... cuba kita bayangkan kita berada disana, ibu , ayah, adik , isteri, anak dan saudara mara kita ditindas.. kita patutnya bersyukur kerana dapat hiddup dalam aman damai...kita dapat berhari raya dengan meriah sekali.. tapi macam mana dengan saudara kita disana? Saya sedih kalau melihat ada dikalangan org muda yang beragama islam meminum arak, berjudi, bersekedudukan lelaki dan perempuan... insaflah wahai sahabat.. kita ni ada tanggungjawab, daripada kita menghabiskan wang dengan arak, judi.. lebih baik kalau wang tu kita sedekahkan kepada saudara2 islam kita yang didalam kesusahan.. sekarang kita senang.. tapi apa akan jadi kalau kita ditempat mereka? kita mesti mengharapkan pertolongan daripada saudara islam di negara lain kan... saya mengingatkan diri saya dan saudara- saudara yang membaca blog ini.. saya pun ada kelemahan didalam diri saya..
jadi sama-samalah kita ingat mengingati antara satu sama lain..






masjidil haram

masjidil haram merupakan
tempat suci orang islam untuk menunaikan ibadah haji dan umrah...

tempat yang ana dah lama idamkan untuk pergi...

semoga ana dapat menjadi
tetamu allah s.w.t