Mulakan Dengan Bismillah

Friday, February 5, 2010

Ujian Dasyat Terhadap Iman

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:-
"bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap.Seseorang yang masih beriman diwaktu pagi kemudian diwaktu petang menjadi kafir atau (syak Perawi Hadis).Seseorang yang masih menjadi kafir.Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia."
H.R.MUSLIM

Keterangan:-

Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dasyat dan hebatnya ujian terhadap iman seseorang di akhir zaman. Seseorang yang beriman diwaktu pagi, tiba2 dia menjadi kafir diwaktu petang.Begitu pula dengan seseorang yang beriman diwaktu petang tiba2 esok paginya menjadi kafir.Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur didalam satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit harta benda dunia. Dunia lebih dicintai disisi mereka daripada iman.Dan menurut riwayat ibnu Majah, belia menambahkan . "kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah s.w.t dengan ilmu." Mudah-mudahan Allah s.w.t menjadikan kita diantara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah s.w.t akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.

No comments:

Post a Comment