Mulakan Dengan Bismillah

Wednesday, October 7, 2009

indahnya..

Assalamualaikum...
subhanallah.. indahnya pemandangan di masjidil haram.. umat islam bersatu semasa menunaikan ibadah haji dan umrah... tetapi kenapa umat islam tidak bersatu untuk membantu saudara2 islam yang ditindas oleh rejim yahudi... merupakan tanggungjawab kita semua sebagai umat islam, umat rasulullah s.a.w, hamba allah... untuk membantu saudara kita yang ditindas, dibunuh setiap hari tanpa rasa belas kasihan oleh musuh2 allah.. saya sedih bila terpandang gambar2 peperangan di palestin... cuba kita bayangkan kita berada disana, ibu , ayah, adik , isteri, anak dan saudara mara kita ditindas.. kita patutnya bersyukur kerana dapat hiddup dalam aman damai...kita dapat berhari raya dengan meriah sekali.. tapi macam mana dengan saudara kita disana? Saya sedih kalau melihat ada dikalangan org muda yang beragama islam meminum arak, berjudi, bersekedudukan lelaki dan perempuan... insaflah wahai sahabat.. kita ni ada tanggungjawab, daripada kita menghabiskan wang dengan arak, judi.. lebih baik kalau wang tu kita sedekahkan kepada saudara2 islam kita yang didalam kesusahan.. sekarang kita senang.. tapi apa akan jadi kalau kita ditempat mereka? kita mesti mengharapkan pertolongan daripada saudara islam di negara lain kan... saya mengingatkan diri saya dan saudara- saudara yang membaca blog ini.. saya pun ada kelemahan didalam diri saya..
jadi sama-samalah kita ingat mengingati antara satu sama lain..






No comments:

Post a Comment