Mulakan Dengan Bismillah

Wednesday, October 7, 2009

Kepulangan sahabat dr perantauan

Assalamualaikum...

dalam minggu lepas seorang kawan yg dahulu bekerja ditempat
yang sama baru pulang dari Canada...
banyak cerita menarik yang diceritakan...
rupanya banyak mazhab yg ada di luar sana tu yang kita tak tahu... selain dari syiah dan pahaman wahabi... ada juga mazhab ba'hai... saya pun tak tau dari mana datangnya..
sebenarnya menurut rakan saya.. kita kene pandai bawa diri kat tempat org..
kita dr kecil sudah diajar mengikut ahlu sunnah wal jamaah...
jadi jangan terpesong dengan pahaman lain... di canada masjid untuk syiah dan ahlu sunnah wal jamaah berasingan.... kita sangat beruntung kerana dapat menjalankan ibadah kita tanpa rasa ragu-ragu dan was-was.. lagipun negara kita ada majlis fatwa dan mufti.. bak kata pepatah, hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri...
itu sahaja yang dapat saya kongsi buat kali ini...
semoga maklumat ini dapat menjadi peringatan dan pengalaman untuk kita semua...
kalau kita ada kemusykilan dalam agama, carilah ustaz untuk kita bertanya..

wassalam..

No comments:

Post a Comment